Wednesday 22 April 2015

ISTIDRAJ DIJAUHI , UKHWAH DIERATKAN

Nak share satu cerita ni. Sesuai untuk kita yang nak EXAM

Situasi ni pernah berlaku kat diri aku. Aku harap korang yang baca ni dapat pengajaran dalam cerita ni. Bukan nak takutkan, tapi ini lah yang pasti. (Cerita tiada kaitan dgn mati atau hidup)

Nita & Rita kawan baik. Best buddyz gitu. Dua2 muslimah sejati. Cantik orangnya, bertudung labuh, sentiasa tutup aurat, jaga ikhtilat. Alhamdulillah, calon isteri yang baik. Diorang pergi class sama2, belajar sama2, semua sesama (dah kata best buddyz)

Rita ni biasa orangnya. Tak pandai, tak bijak. Kuiz dia selalu lah jugak dapat rendah. She almost give up. Pointer pun biasa je. Tapi, si Nita ni pulak mashaAllah, Allah bagi dia kebijaksanaan. Dahlah cantik, pandai pulak tu. Kuiz Nita, takyah cakap lah semua tinggi. Pointer pun  masyuk. Sebab tu Nita & Rita kawan baik. Apa yg Rita tak tahu/tak faham, Nita ajarkan.

Tapi, apa yang bezanya diorang ni? Ha ni aku nak story.

SOLAT.

Ya, apa yang membezakan diorang ni adalah solat. As you guys know, solat tu penting. Solat tu tiang agama. Solat adalah perkara pertama disoal masa dalam kubur. Clear? Ok jom teruskan.
Wlupun Rita selalu dpat markah rendah, dia pegang satu ayat dalam diri dia. "NAK BERJAYA, SOLAT." Ya, Rita sangat menjaga solat. Alhamdulillah. Rita sentiasa cuba solat awal waktu, dekatkan diri dengan Allah. Niat belajar kerana Allah, baru berkat. Tapi Nita? Sayang. Solat hilang entah ke mana, entah bila kali terakhir dia membaca doa qunut. Kali terakhir bersujud? Allah. Sayang, bertudung labuh tapi masih tak lengkap. Allahu..

Tapi kenapa Nita sentiasa pandai? Pandai sangat pula tu. Sayang, itulah dugaan yg Allah bagi kat dia. Istidraj namanya. Satu hari, Rita study group dengan kawan usrahnya lepas zohor. Dan Rita tanya pasal istidraj.

"Nak tanya boleh tak? Istidraj tu apa? Aku first time dengar ayat ni."

"Oh istidraj. Istidraj tu nikmat yg allah bagi kat seseorang."

"Hm? Contoh sikit"

"Contohnya, kita sebagai pelajar, ada hamba allah yang pandai sangat. Tidur dalam kuliah pun masih pandai, pointer pun masyuk. Tapi tak solat. Pandai tapi tak solat. Itulah istidraj. Allah uji dia dengan bagi nikmat kepandaian, tapi dia tak pernah bersyukur mahupun bersujud kepada Allah yg bagi nikmat tu. Bahaya tau orang mcm ni. Nauzubillah minta dijauhkan"

"Kenapa bahaya pulak?"

"Yelah, Allah bagi nikmat tapi dia tak bersyukur. Tak berterima kasih pun kat Allah. Lalai dgn nikmat tu. Kalau Allah tarik nikmat tu, baru tahu langit tinggi rendah"

"Ohh. Okay okay dah melalut pulak. Jom study!"

Final exam dah sampai. Semua risau. Rita semakin istiqamah menjaga solat. Bagi dia, belajar2 jugak, solat jangan lupa. Bunyi azan je, dia stop study, ambik wudu' & ready untuk solat. Nita? Allahurabbi. Dah azan zohor, masih menelaah buku. Azan asar, masih menghadap buku. Tak peduli. Tidak terdetik pun rasa bersalah bila Allah dah panggil.

Hari exam. Rita & Nita cuak. Takut apa yang study tak keluar. Selalu jugak kena mcm tu. Mereka berpisah sebab tempat exam lain2.
Kertas soalan dah dapat. Rita senyum. "Alhamdulillah, adalah jugak study bab ni" Senang hati menjawab. Entah betul atau tidak, tu tawakal je. "InsyaAllah, Allah tolong aku"

Nita? Blank. Dah study satu buku pagi petang siang malam. Stay up. Khatam satu buku dah. "Ish, kenpa tak ingat ni. Aku dah study bab ni" Blank. Dicubanya ingat. Tak berjaya. 2jam berlalu. Nita tak ingat apa2. Rita? "Rasa macam first time buku jawapan penuh mcm ni. Alhamdulillah"

Habis paper. Nita stress sebab apa yg dia baca tak ingat satu hape. Dapat jawab dua soalan je. Nita merungut. Maki diri sendiri. Next paper kena struggle habis. Stay up lagi lah ni.

Next day. Next paper. Sama jugak. Nita blank. Tak tahu kenapa tak ingat. Rasa nak tiru je orang sebelah. Dah habis stay up pun tak ingat. Pergi toilet dah dua kali untuk ingat. Habis masa, hanya 3 soalan yg dapat dijawab.

Akhirnya, result keluar. Pointer Rita masyuk sangat. Rita terharu. Katanya Allah banyak tolong. Nita? Lingkup. Kena extend. Biasiswa pun  kena cut. Pointer rendah. Menangis tak tentu arah. Sayang, nak menyesal pun tak boleh. Nasi dah jadi bubur.

Ok. Nampak? Nampak apa yg aku cuba sampaikan? Korang nak jadi Nita ke Rita? Biar lah orang nampak tak pandai. Tapi, Allah nampak usaha kita. Usaha tu bukan usaha belajar. Solat & doa pun usaha jugak. Kau nampak kan? Nikmat Allah tarik, sekejap je. Bila2 Allah boleh tarik. Masa tu kau tak boleh buat apa. Jadi sebelum Allah tarik nikmat yang dah diberi. Kau sujud syukur kat Si Pemberi Nikmat.

Kau ingat balik, bila kali terakhir kau sujud? Bila kali terakhir kau melafazkan Al-fatihah? Allahurabbi. Jangan macam tu sayang. Kita sama saling mengingati. Ingat sampai bila2 ayat ni,

"Allah tak janji yang belajar 24jam jadi pandai, Allah tak janji yg kerja siang malam jadi kaya. Tapi Allah berjanji, SIAPA SOLAT DIA BERJAYA"

Itu janji Allah dekat kita.
#Copypaste.

No comments:

Post a Comment