Tuesday 14 April 2015

SENTIASA BERSYUKUR

_Dia pernah menjadi tulang belakang serta tongkat kukuh untuk ku supaya aku dapat menjalani kehidupan seharian ku dengan sempurna.
_Peluang demi peluang, kejayaan demi kejayaan datang bergolek kepada ku.
_Namun, tidak ku sangka, tongkat itu menjadi semakin uzur.
_Dia seperti mahu memberi isyarat kepada diriku supaya dapat berdiri di kaki sendiri tanpa diri nya.
_Lalu, aku tersedar bahawa aku perlu berubah.
_Tersentak daripada laungan sepi si tongkat berjasa.
_Sungguh indah dan lagi mudah berjalan bersama tongkat.
_"sampai bila!?, sampai bila mahu terhutang budi dengan si tongkat!? Sampai bila aku mahu merangkak bagai bayi yang memerlukan perhatian!?"
_umur ku semakin dewasa, masih panjang haluan, onak dan duri yang perlu ditempuh.
_20? 30? 40? 50? 60? Adakah aku harus bertongkat sepanjang usia ku?
_Yakinlah, kau boleh berjalan, berlari, mahupun melompat serta bermain bersuka ria di dunia ini meski banyak dugaan yang menimpa.
_"berdikari" itulah yg si tongkat uzur ku maksudkan sejak dari tadi.
_Perlahan-lahan ku cuba untuk bangun, meskipun sekali-sekala aku perlu kan mu, sebagai motivasi ku.
_walaupun tongkat uzur, namun, hati nya masih kuat.
_Dan walaupun tongkat uzur, aku tetap akan jaga kau sebaik nya di dalam kotak istimewa ku.
_Janganlah kau reput kerana ku.
_Janganlah kau lupakan ku, tatkala kau semakin sembuh dengan tuanmu yang lebih baik daripada ku.
_Itulah tinta ku,
_si tongkat #MSABA~
_Merempuh susah senang tanpa tongkat bertemankan jurai air mata yang pedih di hati.
_Ini kisah tongkat pertamaku yang tidak dijual, tapi boleh didapati oleh sesiapa yang bertuah. ^^
_terima kasih.

No comments:

Post a Comment