Wednesday 13 May 2015

PERKAMPUNGAN MENARA GADING JOHO 15' (PMGJ) UNDER KPIJ (KESATUAN PELAJAR ISLAM JOHOR)

ALHAMDULILLAH, CK CYDA TELAH MENYERTAI PROGRAM PMGJ DI UTM, JOHO, PADA 22/1/15..

CK CYDA DAPAT BYK INPUT DLM PERSEDIAAN MENGURUSKAN DIRI SEBELUM MELANGKAH KE MENARA GADING..

SETIAP PELAJAR PASTI MENGINGINKAN SESUATU YG TERBAIK UNTUK DIRI MEREKA..

TERUTAMA SEKALI DALAM BIDANG AKADEMIK..

DEMI MEMASTIKAN MASA DEPAN YG BAIK..

OLEH ITU, HARI INI, CK CYDA NAK SHARE BERDASARKAN APA YG DISAMPAIKAN OLEH SENIOR2 CK CYDA DI PMGJ.. :D

THIS IS ONE OF THE ENVELOPE FROM PMGJ..

KT SITU ADA LYRIC LAGU RASMI "HIDUP BIAR BERJASA"


SELAIN ITU, KAMI JUGA MENNYANYIKAN LAGU "PERKAMPUNGAN MENARA GADING"


RAKAN2 SEPERJUANGAN CK CYDA ADA YG MENANGIS SAMBIL MENYANYIKAN LAGU INI.. ;'(

INI ADALAH ENVELOPE YG CK CYDA DAPAT KONGSIKAN DENGAN KAWAN2 SEKALIAN.. 

INI ADALAH ENVELOPE PMGK..



Tuesday 12 May 2015

Lukisan ujian melukis saya semasa interview art & design di UITM Pasir Gudang, Johor.

KEPUTUSAN INTERVIEW UITM SAYA!

ALHAMDULILLAH! SAYA DAPAT MELANJUTKAN PELAJARAN KE UITM!

INILAH KEPUTUSAN UPU YG DITUNGGU- TUNGGU OLEH SETIAP PELAJAR LEPASAN SPM~~~
YG DI ATAS SANA ADALAH KEPUTUSAN UPU MELALUI SMS~~~

HAAAA.. YG DI ATAS INI PULA KEPUTUSAN UPU MELALUI LAMAN WEB RASMI UPU..

KEMUDIAN, YG DI ATAS INI PULA IALAH KEPUTUSAN PERMOHONAN SAYA YG DISEMAK MELALUI LAMAN WEB RASMI UITM..

ITU SHJ YG SY NK SHARE DGN RAKAN2 LAIN.. 
SELAMAT BERJUANG! ^_^

Friday 24 April 2015

KEIKHLASAN

C n P

Kisah 'SIAK' masjid :

Ada dua (2) sahabat yang terpisah cukup lama;   Ahmad dan Zaenal. Ahmad ini pintar dan cerdik orangnya, tetapi kurang beruntung di bidang ekonominya. Sedangkan Zaenal adalah seorang yang biasa2 saja, namun keadaan orang tuanya yang kaya raya mendukung karier dan masa depan Zaenal.

Setelah terpisah sekian lamanya, satu hari, keduanya ditakdirkan bertemu di tempat yang istimewa; di koridor wudhu, koridor toilet di sebuah masjid megah dengan infrastruktur yang cantik, yang memiliki pemandangan pegunungan yang indah dengan kebun teh yang terhampar hijau di bawahnya... sungguh indah dan mempesonakan.‎

Zaenal, kini sudah menjelma menjadi seorang manager sebuah perusahaannya... tapi masih tetap menjaga kesolehannya.

Dia punyai kebiasaan; setiap keluar kota, dia luangkan masa untuk singgah di setiap masjid di kota2 yang dia singgahi... untuk memperbaharui wudhu, dan sujud syukur. Jika masih terdapat waktu yang diperbolehkan solat sunat, maka ia solat sunat juga sebagai tambahan.

Seperti biasa, dia tiba di Puncak Pas, Bogor; dia  mencari masjid dan dia masuk ke masjid yang dia temui.

Di sanalah dia bertemu Ahmad. Cukup terperanjat Zaenal melihat Ahmad kerana dia tahu sahabatnya ini berasal dari keluarga tak punya harta, tapi pintarnya dan cerdiknya amat luar biasa.

Tetapi Zaenal tidak menyangka bila berpuluh tahun mereka tidak bertemu, dan bila kemudian dia bertemu Ahmad, Ahmad bekerja sebagai jaga atau siak di masjid.

“Maaf”, “Adakah kamu Ahmad? Ahmad kawan SMP saya dulu kah?”.
"Iya". Lalu mereka berpelukan mesra. 
“Hebat sekali kamu ya Zaenal… mashaAllah”,
puji Ahmad saat melihat Zaenal masih dalam keadaan memakai suit koperat. Lengan yang digulungnya untuk persiapan wudhu, menyebabkan jam mewahnya terserlah.
“Ah, biasa saja”, balas Zaenal.

Zaenal merasa hiba bila melihat keadaan Ahmad sedang memegang kain lap, kaki seluarnya dilipatkan, dan kopiahnya
ditarik ke belakang sehingga dahinya yang lebar terlihat jelas.

“Mad… ini kad nama saya”.

Ahmad melihat... “Manager Area…”, wah, kau benar2 hebat"‎.

“Mad, nanti bila saya habis solat, kita sembang ya. Maaf, kalau kamu berminat, di pejabat saya ada pekerjaan yang lebih baik dari sekadar kerja sebagai siak di masjid ini. Maaf”.

Ahmad tersenyum. Dia mengangguk, “Terima kasih ya… selesaikan saja dulu solatmu. Saya pun ingin selesaikan pekerjaan bersih2 dulu… silakan ya”.

Sambil berwudhu, Zaenal tidak habis2 berfikir. Mengapa Ahmad yang pintar dan cerdik, tapi cuma bekerja sebagai siak di masjid ini. Ya, meskipun tidak ada yang salah dengan pekerjaan sebagai siak, tapi siak… Ah, fikirannya tidak mampu lagi berfikir.
Air wudhu membasahi wajahnya.

Sekali lagi Zaenal memerhati Ahmad yang sedang melakukan kerja2 membersih masjid. Andainya Ahmad mengerjakan pekerjaannya ini di pejabat, maka sebutannya bukan siak... tetapi “office boy”.

Tanpa sadar, Zeanal terperasan ada orang solat di belakangnya. Sama2 solat sunat agaknya. 

Ya, Zaenal sudah solat fardhu di masjid sebelumnya. 

Zaenal sempat melirik. “Barangkali ini kawan Ahmad”, bisik Zaenal dalam hatinya.
Zaenal menyelesaikan doanya secara singkat kerana dia ingin segera bertanya khabar Ahmad.

“Encik,” tiba2 anak muda yang solat di belakangnya menegur.

“Iya dik?”.

“Encik, sememangnya kenal dengan Haji Ahmad?”.

“Haji Ahmad yang mana?”.

“Itu, yang Encik bersembang dengannya tadi”.

“Oh… Ahmad… Iya, kenal. Dia kawan saya dulu di SMP. Sudah hajikah dia?”.

 “Dari dulu lagi Dia sudah haji encik. Dari sebelum beliau bangunkan  masjid ini lagi”.

Kalimat itu dilontarkan begitu mendatar, tapi ianya cukup menampar hati Zaenal. Dari dulu sudah haji… dari sebelum beliau bangunkan masjid ini.

Anak muda ini kemudian menambahkan, “Beliau orang hebat encik, seorang yang tawadhu’. Sayalah siak di masjid ini yang sebenar. Saya pekerja beliau. Beliau yang bangunkan masjid ini di atas tanah wakafnya sendiri. Beliau bangunkan sendiri masjid indah ini, sebagai masjid transit bagi mereka yang mahu bersolat. Encik nampak tak mall megah di bawah sana tu? Juga hotel indah di seberangnya? Itu semua adalah mili
k beliau. Tapi beliau lebih suka menghabiskan waktunya di sini. Bahkan salah satu kesukaannya yang aneh... iaitu Dia suka gantikan posisi saya. Kerana hanya suara saya bagus, saya hanya disuruh mengaji dan laungkan azan saja”.

Terdiam Zaenal, entahlah apa yang ada di hati dan di fikirannya.

*****‎

‎Bagaimana pula fikiran kita?

Jika Ahmad itu adalah kita, mungkin saat kita bertemu kawan lama yang sedang melihat kita membersihkan toilet, segera kita beritahu posisi kita siapa yang sebenarnya. 

Dan jika kemudian kawan lama kita ini menyangka kita ini siak masjid,  maka kita akan menyangkalnya dan kemudian kita akan menjelaskan secara detail begini dan begitu. Sehinggalah kawan kita itu tahu bahwa kita inilah pewakaf dan yang bangunkan masjid ini.

Tapi kita bukan Haji Ahmad. Dan Haji Ahmad bukannya kita. Dia selamat dari rosaknya nilai amal, Dia tenang saja. Haji Ahmad merasa Dia tidak perlu menjelaskan apa2 pun. Dan kemudian Allah SWT yang akan memberitahu siapa dia sebenarnya.

MashaAllah

(Sesungguhnya orang yang ikhlas itu adalah orang yang menyembunyikan kebaikkannya2, seperti dia menyembunyikan keburukkannya2).

Thursday 23 April 2015

Wednesday 22 April 2015

ISTIDRAJ DIJAUHI , UKHWAH DIERATKAN

Nak share satu cerita ni. Sesuai untuk kita yang nak EXAM

Situasi ni pernah berlaku kat diri aku. Aku harap korang yang baca ni dapat pengajaran dalam cerita ni. Bukan nak takutkan, tapi ini lah yang pasti. (Cerita tiada kaitan dgn mati atau hidup)

Nita & Rita kawan baik. Best buddyz gitu. Dua2 muslimah sejati. Cantik orangnya, bertudung labuh, sentiasa tutup aurat, jaga ikhtilat. Alhamdulillah, calon isteri yang baik. Diorang pergi class sama2, belajar sama2, semua sesama (dah kata best buddyz)

Rita ni biasa orangnya. Tak pandai, tak bijak. Kuiz dia selalu lah jugak dapat rendah. She almost give up. Pointer pun biasa je. Tapi, si Nita ni pulak mashaAllah, Allah bagi dia kebijaksanaan. Dahlah cantik, pandai pulak tu. Kuiz Nita, takyah cakap lah semua tinggi. Pointer pun  masyuk. Sebab tu Nita & Rita kawan baik. Apa yg Rita tak tahu/tak faham, Nita ajarkan.

Tapi, apa yang bezanya diorang ni? Ha ni aku nak story.

SOLAT.

Ya, apa yang membezakan diorang ni adalah solat. As you guys know, solat tu penting. Solat tu tiang agama. Solat adalah perkara pertama disoal masa dalam kubur. Clear? Ok jom teruskan.
Wlupun Rita selalu dpat markah rendah, dia pegang satu ayat dalam diri dia. "NAK BERJAYA, SOLAT." Ya, Rita sangat menjaga solat. Alhamdulillah. Rita sentiasa cuba solat awal waktu, dekatkan diri dengan Allah. Niat belajar kerana Allah, baru berkat. Tapi Nita? Sayang. Solat hilang entah ke mana, entah bila kali terakhir dia membaca doa qunut. Kali terakhir bersujud? Allah. Sayang, bertudung labuh tapi masih tak lengkap. Allahu..

Tapi kenapa Nita sentiasa pandai? Pandai sangat pula tu. Sayang, itulah dugaan yg Allah bagi kat dia. Istidraj namanya. Satu hari, Rita study group dengan kawan usrahnya lepas zohor. Dan Rita tanya pasal istidraj.

"Nak tanya boleh tak? Istidraj tu apa? Aku first time dengar ayat ni."

"Oh istidraj. Istidraj tu nikmat yg allah bagi kat seseorang."

"Hm? Contoh sikit"

"Contohnya, kita sebagai pelajar, ada hamba allah yang pandai sangat. Tidur dalam kuliah pun masih pandai, pointer pun masyuk. Tapi tak solat. Pandai tapi tak solat. Itulah istidraj. Allah uji dia dengan bagi nikmat kepandaian, tapi dia tak pernah bersyukur mahupun bersujud kepada Allah yg bagi nikmat tu. Bahaya tau orang mcm ni. Nauzubillah minta dijauhkan"

"Kenapa bahaya pulak?"

"Yelah, Allah bagi nikmat tapi dia tak bersyukur. Tak berterima kasih pun kat Allah. Lalai dgn nikmat tu. Kalau Allah tarik nikmat tu, baru tahu langit tinggi rendah"

"Ohh. Okay okay dah melalut pulak. Jom study!"

Final exam dah sampai. Semua risau. Rita semakin istiqamah menjaga solat. Bagi dia, belajar2 jugak, solat jangan lupa. Bunyi azan je, dia stop study, ambik wudu' & ready untuk solat. Nita? Allahurabbi. Dah azan zohor, masih menelaah buku. Azan asar, masih menghadap buku. Tak peduli. Tidak terdetik pun rasa bersalah bila Allah dah panggil.

Hari exam. Rita & Nita cuak. Takut apa yang study tak keluar. Selalu jugak kena mcm tu. Mereka berpisah sebab tempat exam lain2.
Kertas soalan dah dapat. Rita senyum. "Alhamdulillah, adalah jugak study bab ni" Senang hati menjawab. Entah betul atau tidak, tu tawakal je. "InsyaAllah, Allah tolong aku"

Nita? Blank. Dah study satu buku pagi petang siang malam. Stay up. Khatam satu buku dah. "Ish, kenpa tak ingat ni. Aku dah study bab ni" Blank. Dicubanya ingat. Tak berjaya. 2jam berlalu. Nita tak ingat apa2. Rita? "Rasa macam first time buku jawapan penuh mcm ni. Alhamdulillah"

Habis paper. Nita stress sebab apa yg dia baca tak ingat satu hape. Dapat jawab dua soalan je. Nita merungut. Maki diri sendiri. Next paper kena struggle habis. Stay up lagi lah ni.

Next day. Next paper. Sama jugak. Nita blank. Tak tahu kenapa tak ingat. Rasa nak tiru je orang sebelah. Dah habis stay up pun tak ingat. Pergi toilet dah dua kali untuk ingat. Habis masa, hanya 3 soalan yg dapat dijawab.

Akhirnya, result keluar. Pointer Rita masyuk sangat. Rita terharu. Katanya Allah banyak tolong. Nita? Lingkup. Kena extend. Biasiswa pun  kena cut. Pointer rendah. Menangis tak tentu arah. Sayang, nak menyesal pun tak boleh. Nasi dah jadi bubur.

Ok. Nampak? Nampak apa yg aku cuba sampaikan? Korang nak jadi Nita ke Rita? Biar lah orang nampak tak pandai. Tapi, Allah nampak usaha kita. Usaha tu bukan usaha belajar. Solat & doa pun usaha jugak. Kau nampak kan? Nikmat Allah tarik, sekejap je. Bila2 Allah boleh tarik. Masa tu kau tak boleh buat apa. Jadi sebelum Allah tarik nikmat yang dah diberi. Kau sujud syukur kat Si Pemberi Nikmat.

Kau ingat balik, bila kali terakhir kau sujud? Bila kali terakhir kau melafazkan Al-fatihah? Allahurabbi. Jangan macam tu sayang. Kita sama saling mengingati. Ingat sampai bila2 ayat ni,

"Allah tak janji yang belajar 24jam jadi pandai, Allah tak janji yg kerja siang malam jadi kaya. Tapi Allah berjanji, SIAPA SOLAT DIA BERJAYA"

Itu janji Allah dekat kita.
#Copypaste.

Tuesday 21 April 2015

LATEST IPG INTERVIEW 2015 DI MAKTAB PERGURUAN TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR

Ok untuk yg akn amek test UKCG, IPG nanti.

✏ ujian bertulis :-
die bnyk tnye   soalan2 berkaitan sasiah seorg guru. kne alert siket la. sbb takot kliru. jwb 195 soalan dlm mase 45 min.
contoh soalan :-

1. ada seorang pelajar yang sering tidak menyiapkn kerja rumah. apakah tindakan anda
A. menasihati dan memujuknya untuk menyiapkan kerja rumah
B. memberi denda yg stimpal agr x diulangi oleh pelajar lain.

2. Saya lebih mementingkan keselesaan ahli persatuan lain berbanding dri sendiri dalam memilih tempat duduk.
A. Wajar
B. Tidak wajar

ujian fizikal
ad 5 test kat sini

1. BMI- berat yg ideal akn dpt markah yg tinggi

2. bangkit tubi bervariasi. Ad 5 jenis bangkit tubi. Semua kne buat sndri. xde org yg akn pgngkan kaki.

5 jenis sit up / bngkit tubi

☆ dlm keadaan berbaring. tngn di sisi. then sit up smpai tapak tangn sentuh lutut

☆ dlm keadaan berbaring. tngn di sisi. then sit up smpai siku  cecah lutut

☆ dlm keadaan berbaring. tngn disilangkan spt org solat. then sit up.

☆dlm keadaan berbaring. tngn disilangkan spt org solat tdi cuma tngn trsebut dletakkan di atas kepala. bukn di atas dahi. tpi kepala. then sit up

☆ dlm keadaan berbaring. tngn disilangkan seperti ' X ' di belakang kepala. then sit up.

3. lompat kuadran :-

diberikan 4 kotak dngn label 1,2,3,4. lompat dlm stiap kotak ikut turutan nombor dlm mse 10 saat. X bole trpijak garisan. dan msti lompat mnggunakan dua kaki.

4. kilas sisi :-

berdiri kat depan dinding. kaki di kangkang dlm 14 cm. tunduk pegang lantai. bangun dan pusingkan badan sahaja (kaki mesti menghadap ke hdapan ) kemudian sentuh dinding di belakang. dilakukan sehingga dpt sentuh dinding sbnyk 40 kli dlm mse 1 min.

5. bleep test.
larian ulg alik. untuk level ni. pompuan skurg kurgnye level 4. laki 6. perempuan yg dah lame dok rmh. x buat pape tu. jogging la siket2. gain ur stamina. x rmai yg lepas dlm bleep test. laki jngn mengalah awal dri pompuan. buat malu je. yg pompuan flirting la siket2 ( mesra ) ngn abg faci. bole dpt mrkah lbih. aq nmpk ad la beberapa org pompuan buat mcm tuh. function kot. walaupun pompuan tu x lpas pon sbnrnye.

ISU PENTING INTERVIEW DI IPG (institusi pendidikan guru)

. Kita kopipes kawan ��

[4/21, 2:37 PM] rafidah: Mula2....
1. Perkenalkan diri anda
[4/21, 2:37 PM] rafidah: Saya xde suara skrg... huaaaa
[4/21, 2:38 PM] rafidah: Masa perkenalkan diri, bg tau nama, latar blkg pendidikan, kegiatan koko kt sekolah, dan apa2 yg boleh menunjukkan bakat awak
[4/21, 2:39 PM] rafidah: Pastu soalan femes falsafah pendidikan negara, n semua isu2, moto2, visi2 terbaru dlm pendidikan
[4/21, 2:40 PM] rafidah: Nama2 menteri, nama2 sultan, nama agong, bilangan agong, skrg ni agong yg ke berapa
[4/21, 2:40 PM] rafidah: Ha ah... cr kt tenet
[4/21, 2:40 PM] rafidah: Mmg nangis ah study utk interview
[4/21, 2:41 PM] rafidah: Hahaha... isu2 pbs, kbat, antara isu hangat masakini

CARBONARA , MELTY HERSHEY , BUBUR LAMBOK , DAN NASI AYAM

-THIS IS CARBONARA-

-THIS IS STRAWBERRY MELTY HERSHEY-
-THIS IS CHOCOLATE MELTY HERSHEY-
-THIS IS OREO MELTY HERSHEY-
-THIS IS BUBUR LAMBOK DAGING (PORRIDGE)-
-THIS IS CHICKEN RICE-

**TODAY I WANNA SHARE ABOUT FOOD .

**ACTUALLY , I MENTION ABOUT "KAK AZREEN CUISINE".

**SHE CAN COOK VERY WELL.

-HAAAAAAAAAAAA

-SEBENARNYA, CK CYDA ADA SEORANG RAKAN YANG BERNAMA AZREEN.

-KAK AZREEN SUKA MEMASAK.

-MALAH, MASAKAN DIA SANGAT POWER!

-SELALUNYA, KAK AZREEN AKAN MENDAPAT TEMPAHAN SECARA "ONLINE" DI WE CHAT, FACEBOOK OR EITHER WHATSUP.

-PELANGGAN TETAP MACAM CK CYDA BIASA NYA AKAN CALL DI NOMBOR TELEFON KAK AZREEN. SEBAB SENANG.

-KAK AZREEN AKAN HANTAR MAKANAN YANG DI ORDER OR DI PESAN DI KAWASAN AREA UTM,JOHOR.... CONTOH NYA, 
-TAMAN SRI PULAI
-TAMAN TERATAI
-TAMAN PULAI PERDANA
-TAMAN PULAI PERDANA2
-PULAI JAYA
-BANDAR BARU KANGKAR PULAI

-KALAU NAK TAHU CARBONARA MASAKAN KAK AZREEN TERDAPAT 5 BEBOLA DAGING! TOPPING DIA PULAK ADA CHEESE SIKIT.

-STRAWBERRY , CHOCOLATE , AND OREO MELTY HERSHEY PULAK MMM, KENA MAKAN CEPAT LA, TAKUT CAIR, EVEN CAIR SEKALIPUN RASA NYA MANIS, DALAM NYA ADA BISKUT MARIE YANG DAH PATAH2. SO SWEET!

-BUBUR LAMBOK DAGING (PORRIDGE) , HAAAAA , NI PULAK BUBUR , CK CYDA DAPAT FREE MASA BELI HERSHEY TUH, KEH KEH KEH. BUBUR NI DALAM DIA ADA DAGING KISAR KOT, MEMANG TERASA DAGING NYA!

-CK CYDA TENGAH TUNGGU MASA UNTUK BELI NASI AYAM MASAKAN KAK AZREEN NIH. HURMMMM, CRAVING NIHH.. HIHI ^^

**HOW TO TAKE AN ORDER???
**HERE~~~

-CONTACT NUMBER: 017-7476107 (Whatsup/WeChat)
-INSTAGRAM/FACEBOOK: Nurazreen mohd suan

**OKAY, ITU SAHAJA YANG NAK DIKONGSI KALI INI, TATAA~~(^_^)



Saturday 18 April 2015

LATEST INTERVIEW 2015 DIPLOMA SENI LUKIS DAN SENI REKA (art & design) DI UITM PASIR GUDANG, JOHOR


_Kali ni nak cerita tentang pengalaman Ck Cyda pergi interview ART & DESIGN.
_Haa, INGAT!
_Tahun 2015, DIPLOMA ART & DESIGN ini ada dua TAHAP:

_1. UJIAN MELUKIS ~ Calon dikehendaki melukis objek yang disediakan oleh pihak pensyarah selama 1JAM menggunakan apa-apa medium lukisan. ~TIPS???  *ADA

_2. TEMUDUGA ~ Calon dikehendaki membawa PORTFOLIO dan Dokumen- dokumen penting. ~TIPS??? *ADA









_MASA: 8.30 A.M

_TEMPAT: DEWAN PEPERIKSAAN 1

_PERALATAN YANG PERLU DIBAWA: PENSEL 2B, PEMADAM, PEN, KERTAS A3.

_Inilah UJIAN MELUKIS.
_CK CYDA dapat no.49, panel 1
_Seorang pensyarah mengarahkan Ck Cyda untuk mengeluarkan salinan surat tawaran temuduga
_tup tup, Ck Cyda adalah orang ke-15 yang sampai berdaftar.


**TIPS ~
_CARI TEMPAT SESUAI DAN STRATEGIK untuk melukis.
_Ck Cyda buat masa itu, masih belum mahir dalam melukis.
_Dalam 3kali, Ck Cyda ubah TEMPAT DUDUK, sebab nak cari situasi yang mudah untuk melukis.
_SERIUS, di BELAKANG amatlah mudah untuk melukis, sebab situasi objek TIDAK begitu sukar.
_OBJEK diletakkan di tengah-tengah DEWAN .
_Kawan-kawan mestilah rajin bertanya jika ada kemusykilan, INGAT YA!
_Alat melukis yang DIBENARKAN bawa , sebenarnya , pensel kayu 2B,Pemadam,pembaris,pen,pengasah pensel. **asas la kan?
_Serius cakap, Ck Cyda memang bawa itu sahaja.
_Ada Calon yang bawa BERUS LUKISAN untuk *SHADING , TISU untuk *SHADING , PENSEL 9H-9B untuk *TONE , nak belajar mengenai Shading ? * SEARCH YOUTUBE.
_untuk ujian lukis , kawan-kawan perlu bersedia.
_Sekurang-kurangnya , anda boleh melukis dan SHADING
_HAAAA ~ KELUARKAN segala teknik melukis kawan-kawan. SEPERTI: SHADING, CROSS-HATCHING(Digemari oleh penemuduga)
_CROSS-HATCHING ?? **SEARH GOOGLE BAH
_gunalah teknik cross-hatching bagi yang berupaya ya!
_LATIHAN ITU PENTING!!!









CABANG SENI:CALON PERLU MEMBUAT PILIHAN DARIPADA 1 HINGGA 9 (IKUT MINAT KAWAN2 LA..)
-SERAMIK
-FOTOGRAFI
-FESYEN
-TEKSTIL
-PERINDUSTRIAN
-GRAFIK
-SENI HALUS
-PENCETAKAN
-LOGAM 

PERBUALAN BERSAMA PENEMUDUGA. MESTI NAK TAHU KAN? HIHI ^^

PENEMUDUGA: NEXT!!

CK CYDA: DEBAR-DEBAR DATANG,LETAK BEG LUKISAN YANG BESAR BETUL ITU DI ATAS LANTAI SEBELAH CK CYDA.. DI TANGAN ADA FAIL DOKUMEN PENTING.. CK CYDA LETAK ATAS MEJA SI PENEMUDUGA..

PENEMUDUGA: DIA TERKEJUT TENGOK CK CYDA YANG BAWA BEGITU BANYAK BARANG ITU.. KATA NYA " CIKGU KER NIHHH!!!???"

CK CYDA: SAYA TERSENYUM DAN MENJAWAB " BUKANLAHHH.. (=.=)"

PENEMUDUGA: "OUHHH,OKAY-OKAY~~~"

CK CYDA: SAYA AMBIL SEMUA PORTFOLIO, KONONNYA NAK LETAK ATAS MEJA PENEMUDUGA.. SEKALI.........

PENEMUDUGA: "EHHH, DAH NAK ROBOH MEJA SAYA... MEJA NIY KECIK JEE... LETAK DULU BARANG-BARANG DI BAWAH...."

CK CYDA: DENGAN TERSENYUM DAN BERKATA " OKAY-OKAY "

PENEMUDUGA: DIA MINTA DOKUMEN PENTING..

CK CYDA: SAYA BAGI DENGAN RILEX..

PENEMUDUGA: DIA TENGOK KEPUTUSAN, DIA KATA " DAH ELOK-ELOK SEMUA A.. KENAPA BI C+??

CK CYDA: SEKALI LAGI, SAYA HANYA TERSENYUM... TAK TAHU NAK KATA APA..

PENEMUDUGA: "OKAY, INTRODUCE YOURSELF"

CK CYDA: EMM... EMMM.. BERFIKIR.. LAMA JUGAK LAA.. "MY NAME RASYIDAH BINTI MOHD YUSUF.. I'M.. I'M.. I'M.. BERFIKIR LAMA..

PENEMUDUGA: HAA, KENAPA EMM.. EMM..

CK CYDA: "I'M 18 YEARS OLD" TERSEKAT-SEKAT.. I'M FROM SMK DATO'MOHD YUNOS SULAIMAN.."

PENEMUDUGA: "KAT MANA TU??"

CK CYDA: "PONTIAN,PEKAN NENAS"

PENEMUDUGA: "OKAYH, HOW ABOUT YOUR FATHER??"

CK CYDA:" MY FATHER'S NAME MOHD YUSUF BIN ARIFIN.. HE'S JOB IS MADE A BUSINESS AT A STALL.." AYAT DAH TERUK DAH NI..

PENEMUDUGA:"WHAT KIND OF FOOD YOUR FATHER SELL?? GORENG PISANG?? CEKODOK??"

CK CYDA:EMM.. EMM..NAK CAKAP MAKANAN KAMPUNG TAK RETI.. "VILLAGE FOOD" AHAHAAHAHAHA (>_<)"

PENEMUDUGA: LOCAL FOOD... ADE PULAK VILLAGE.... (=.=)" KEH KEH KEH.. "HOW BOUT YOUR MOTHER??"

CK CYDA: EMM.. EMM.. NK CKP XKEJE.. TAPI........."MY MOTHER DOESNT HAVE A JOB"

PENEMUDUGA: "HOUSEWIFE LAAAA.........." (=.=) KEH KEH KEH.... "HOW BOUT YOU? WHY U CHOOSE ART?

CK CYDA: " I LOVE ART, EVERYTHING ABOUT ART, SINCE I WAS EMM *NAK CAKAP KECIK2 LUPE.. SINCE I WAS..." ARGHH... "I REALLY LOVE COLOURING"

PENEMUDUGA: "AWAK ADA SAKIT APE2???"

CK CYDA: ''YA, BIPOLAR MOOD DISORDER..."

PENEMUDUGA: "APE TU"

CK CYDA:"TU SEBENAR NYA.." PIKIR JAP.. "SAKIT MEN..

PENEMUDUGA: "MENTAL!!???"

CK CYDA: "EH, TAK2... KADANG2 SAYA NI, BILA SEDIH, TERLALU SEDIH, BILA MARAH , TERLALU MARAH, GRAF MOOD SAYA X NORMAL LA... TAPI, SAYA DAH OKAY, SYA ADE MKN UBAT..." (^____^)" "SAYA XBOLEH STRESS...

NOW~~~
BINCANG MENGENAI KOS YG HENDAK DI AMBIL~~~

PENEMUDUGA: DIA TENGOK PILIHAN PERTAMA SAYA.. *FINE ART.."WHY U CHOOSE FINE ART?? WHAT IS FINE ART ACTUALLY??

CKCYDA: DALAM HATI KATA TAK TAHU.. SAYA BUAT MUKA... KIH KIH KIH.. SEBENARNYA SAYA ADE JAWAB SIKIT.. "FINE ART TU, YANG KENA BUAT DETAIL2.."

PENEMUDUGA: "OKAY, FINE ART TERBAHAGI KPD 4, ~ARCA,SPEKTRUM(MUNGKIN),CATAN,(LAGI SATU LUPA)....

**THEN

PENEMUDUGA TENGOK PORTFOLIO, KERJA KURSUS SEKOLAH , DAN SIJIL-SIJIL..

**BANYAK YANG DIBUALKAN, LAMA OIIII... HEHEHEEHE

NOTE: JIKA KAWAN2 ADA BUAT APA2 BERKAITAN SENI SEPERTI LUKISAN, PATUNG, MAINAN, DAN SEBAGAI NYA.. BAWALAH, INSYAALLAH, PENEMUDUGA AKAN SERONOK TENGOK DAN DAPAT KOMEN TENTANG HASIL KITA..

NOTE:LUKISAN YANG DI BUAT UNTUK PORTFOLIO HARUSLAH DISIMPAN DALAM FAIL MENGIKUT SAIZ... JANGAN GULUNG.. BELI FAIL YANG SESUAI SEPERTI FAIL A3.. HAA PUN OKAY..

NOTE: JAGA PENAMPILAN DAN SENTIASA LAH TERSENYUM.. TAW TAW.. (^_____^)"

NOTE: BERLATIH CAKAP ENGLISH DARI RUMAH TU.. KEH KEH KEH..

#ITU SAHAJA PERKONGSIAN CK CYDA.. DIALOG TU PUN SEKADAR PERKONGSIAN.. SEMOGA MEMBANTU KAWAN2.. HIDUP SENI!!!! ^^












Friday 17 April 2015

CHICKEN CHOP SELATAN!!!

_Terletak di Jalan Persisiran Perling 1 , Taman Perling , Johor Bahru.
.


_Menu di restoran ini menawarkan pelbagai pilihan makanan.
_Western & Makanan seperti Nasi dan Mee pun ada. 
_Nasi Goreng Kampung dia boleh tahan.
_Mee Hoon Goreng sedap!
_Chicken Chop, Fish n Chip, dan mix kedua-kedua ini pun boleh tahan.
_Kalau saya, sekali makan yang mix ini, sudah kenyang perut!! ^^



_Yang di atas tu ialah salah satu hidangan kesukaan saya~
_MIX CHICKEN CHOP AND FISH N CHIP.
_Saya suka pesan hidangan ini dengan air tea'o.
_Jadi, selamat mencuba!
_Ayuh JOHO! ^^


Tuesday 14 April 2015

SENTIASA BERSYUKUR

_Dia pernah menjadi tulang belakang serta tongkat kukuh untuk ku supaya aku dapat menjalani kehidupan seharian ku dengan sempurna.
_Peluang demi peluang, kejayaan demi kejayaan datang bergolek kepada ku.
_Namun, tidak ku sangka, tongkat itu menjadi semakin uzur.
_Dia seperti mahu memberi isyarat kepada diriku supaya dapat berdiri di kaki sendiri tanpa diri nya.
_Lalu, aku tersedar bahawa aku perlu berubah.
_Tersentak daripada laungan sepi si tongkat berjasa.
_Sungguh indah dan lagi mudah berjalan bersama tongkat.
_"sampai bila!?, sampai bila mahu terhutang budi dengan si tongkat!? Sampai bila aku mahu merangkak bagai bayi yang memerlukan perhatian!?"
_umur ku semakin dewasa, masih panjang haluan, onak dan duri yang perlu ditempuh.
_20? 30? 40? 50? 60? Adakah aku harus bertongkat sepanjang usia ku?
_Yakinlah, kau boleh berjalan, berlari, mahupun melompat serta bermain bersuka ria di dunia ini meski banyak dugaan yang menimpa.
_"berdikari" itulah yg si tongkat uzur ku maksudkan sejak dari tadi.
_Perlahan-lahan ku cuba untuk bangun, meskipun sekali-sekala aku perlu kan mu, sebagai motivasi ku.
_walaupun tongkat uzur, namun, hati nya masih kuat.
_Dan walaupun tongkat uzur, aku tetap akan jaga kau sebaik nya di dalam kotak istimewa ku.
_Janganlah kau reput kerana ku.
_Janganlah kau lupakan ku, tatkala kau semakin sembuh dengan tuanmu yang lebih baik daripada ku.
_Itulah tinta ku,
_si tongkat #MSABA~
_Merempuh susah senang tanpa tongkat bertemankan jurai air mata yang pedih di hati.
_Ini kisah tongkat pertamaku yang tidak dijual, tapi boleh didapati oleh sesiapa yang bertuah. ^^
_terima kasih.